NEW YORK: Majalah Forbes melaporkan pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods menjadi atlet pertama dunia meraih pendapatan AS$1 bilion (RM3.4 bilion) sepanjang kariernya setakat ini. Majalah itu menganggarkan jumlah pendapatan itu berdasarkan kemenangan terbaru Tiger yang membolot hadiah wang AS$10 juta (RM34 juta) ditawarkan Piala FedEx, Ahad lalu. Forbes dalam laporan laman webnya berkata, Tiger yang memulakan kempen 2009 sudahpun meraih pendapatan AS$895 juta (RM3.043 bilion) sejak menceburi diri dalam Jelajah PGA pada 1996. Pendapatan berkenaan adalah daripada wang hadiah kemenangan, yuran penampilan, yuran penyertaan, bonus dan hasil perniagaan berkaitan sukan golf, semunya mencecah lebih AS$1 bilion. Forbes juga menyebut, bekas pemain bola keranjang NBA, Michael Jordan dan bekas pelumba Formula Satu (F1), Michael Schumacher, masing-masing meraih pendapatan AS$800 juta (RM2.72 bilion) dan AS$700 juta (RM2.38 bilion), adalah saingan terdekat menghampiri Woods. - AP
In this blog, I show all kinds of information. The information covering the whole country in the world. The reader of this blog will get variety of knowledge and experience. This is what I want. I love to share our knowledge with everyone. I hope you all are willing to share with me here. Knowledge is everything.
Followers
Monday, 5 October 2009
TIGER WOOD FIRST ATLET
INCOME US$1 BILLION
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please leave your comments